Kenangan
semanis mangga
Remaja
memang tidak pernah mencapai kewarasan akal. Sangat naif dan sangat berani.
Namun kadang kala semuanya menjadi pengajaran yang mendewasakan kita. Kisah
berlaku tiga dekad yang lalu.
Suatu
hari, selesai azan subuh aku bingkas bangun. Kekecohan satu asrama membingkaskan
aku segera keluar dari dorm. Kelibat teman-teman
menghusung baldi mundar mandir di laluan gajah menyusul menuju ke Dewan Makan
samar-samar kelihatan dalam gelap subuh.
“Apa
hal lah kecoh ni?” Bisik hatiku sambil membetulkan tuala yang menutupi
rambutku.
Aku
berjalan ke kamar mandi. Langkahku juga laju sepadan dengan kekecohan di
tingkat bawah kerana waktu subuh pantas berlalu. Menghampiri Dorm 3 jelas
kedengaran suara kecoh di tingkat bawah. Mereka mengangkut air dari dewan makan
yang bersebelahan dengan Aspuri (Asrama Puteri).
Dari
Dorm 3 kelihatan Maz keluar membawa baldi bersama tuala tersangkut di bahunya.
“Maz,
ada kebakaran ke? Bilik mana?” Aku menyapanya.
“Kebakaran
apanya… Tak ada air lah. Nak mandi kena angkut dari sinki dewan makan”. Maz
menjawab dengan langkah tergesa menuruni tangga di hadapan Dorm 3.
“Alamak,
nak kena angkut air la pula” keluhku sendirian.
Aku
menuruni tangga mengekori Maz dari belakang menuju ke dewan makan. Dari setiap
singki Dewan Makan itu sudah panjang barisan penghuni asrama beratur menunggu
giliran menadah air. Melihatkan air yang keluar dari paip sinki itu, aku
berkira-kira untuk ke tempat lain mendapatkan air. Beberapa suara juga
kedengaran mengeluh kerana air sinki itu sudah mulai kecil. Pasti sebelum tiba
giliranku nanti air sudah habis.
Aku
membatalkan niat untuk mandi. Aku terus ke surau untuk solat. Di surau sudah
ada beberapa penghuni Aspuri dan Aspura yang sudah selesai solat. Masih ada air
di tanki surau untuk berwuduk. Aku solat sendirian. Selesai memberi salam aku
bergegas bangun dan kembali ke Aspuri. Subuh masih berbaki. Aku mesti beriktiar
mencari punca air untuk mandi sebelum hari terang. Sampai di tangga Aspuri aku
bertembung dengan Ita, Eza dan Ima.
“Diana,
jom kita mandi di belakang Dewan sekolah. Rasanya tak ada orang ke sana.”
Aku
disapa oleh mereka. Aku tidak berkata banyak. Aku tinggalkan telekung di bilik
rehat dan mencapai baldi yang kutinggalkan di bawah tangga tadi lalu terus
bersama mereka ke belakang Dewan Sekolah. Dari jauh kelihatan kelibat Nani dan
Anis bersama baldi dan tuala datang dari arah bertentangan dengan kami.
Sangkaku Mereka mungkin baru sahaja mandi di Dewan.
“Dah
ke? Air ada lagi tak”, aku menegur dari jauh.
“Ala…
penuh dengan budak Aspura lah”, keluhan Nani menghentikan langkah kami.
“Laaa,
kat mana lagi ni? Tak kan nak mandi air laut. Melekit.” Eza mula membebel.
Kami
mula memikirkan beberapa tempat yang berkemungkinan masih ada air.Mataku mula
meninjau-ninjau sekitar sekolah dan makmal yang berhampiran asrama.
“haaa…
ada satu tempat. Rasanya mesti ada air.” Ita mula memberikan pandangan sambil
menunjukkan tempat tersebut.
“Kebun
pertanian!!” Aku dan Eza meneka serentak.
Kami
memanjangkan langkah menghayun baldi menyusuri pokok Rhu yang ditanam sejajar
sepanjang jalan dari sekolah, asrama dan berakhir di kebun pertanian. Hari
masih gelap. Kebun itu hanya diterangi oleh sebuah lampu jalan yang malap.
Dalam samar-samar cahaya itu kami berkemban dan mandi sepuasnya. Air yang penuh
satu tangki bersaiz kecil itu cukup untuk kami berenam mencuci rambut dan
mencuci ‘adik-adik’.
Selesai
mandi, kami kelihatan amat segar dan wangi. Sungguh puas. Kami berpakaian
lengkap dan berkemas untuk kembali ke asrama. Ita bersuara.
“Korang,
cer tengok tu… banyaknya. Kalau makan dengan garam ke, kicap, gula dengan lada
ke… ermmmm “.
“Eeee,
kecur air liur kan”. Aku menyahut kata-kata Ita.
“Besarnya
kan. Kalau ambil sikit boleh kot. Ada banyak tu”. Nani mula memberi cadangan.
“Ita
rasa, tak ada siapa yang perasan kot kalau ambil sikit”.
Cadangan
itu sudah mulai dipersetujui. Tanpa berlengah kami memetik buah mangga yang
masih muda tetapi sedang elok untuk dimakan sebagai ulam. Setiap pokok yang ada
di situ berbuah lebat dan rendang. Ketika itu hari mulai diterangi mentari
pagi. Sedar tak sedar kami memetik buah mangga hingga hampir memenuhi satu
baldi. Kami melangkah pulang melalui jalan yang sama.
Ketika
menuruni tangga menuju ke gelanggang sepak takraw, kami ditegur oleh cikgu
Faisal, warden Aspura yang juga guru Sains Pertanian.
“Cik
Kak! meh sini kejap”. Jerit cikgu Faisal ke arah kami.
“Alamak…
cikgu nampak ke?” Ita berbisik.
“Eh,
dia panggil siapa sebenarnya?“ Eza mula ragu-ragu dengan panggilan cikgu tadi.
Tanpa
kami sedar, kelakuan kami diperhatikan. Cikgu Faisal yang berdiri, di bawah
pokok Rhu memerhatikan gelagat kami dari tadi.
“Ala..
mari lah sini, meh sini semuanya. Enam Cik Adik”. Jerit cikgu Faisal lagi.
Aku
meletakkan baldi yang berisi buah mangga itu. Kami semua berjalan menuju kea
rah cikgu Faisal.
“Baldi
tu jangan tinggal. Bawa sekali”. Cikgu Faisal bersuara sambil bercekak
pinggang.
“Alahai…
korang habis la kita… dia nampak la”. Ita mula menyuarakan kebimbangan.
Aku
dan Eza mencapai tangkai baldi semula dan kami berdua membawa baldi itu
mengadap cikgu Faisa. Setibanya kami berhadapan dengan cikgu Faisal, muka kami
sudah mulai pucat.
“Apa
ada dalam baldi tu?” Cikgu Faisal memulakan siasatan.
Kami
diam tidak berani menjawab apa-apa. Buah mangga yang tertutup dengan tuala
mandi itu berada betul-betul di hadapan cikgu Faisal. Dia menyelak tuala mandi.
Buah mangga yang segar tu jelas kelihatan kerana hari sudah mulai terang. Cikgu
Faisal memandang tepat ke wajah ku dan beralih ke wajah Eza dan yang lain
seorang demi seorang.
Kami
serentak memohon maaf atas perbuatan kami. Cikgu Faisal hanya menasihati kami
supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Dia kelihatan tidak begitu marah
kepada kami mungkin kerana kami sangat comel, maklumlah baru sahaja mandi dan
masih wangi. Dia berpesan agar kami menghabiskan buah mangga itu supaya tidak
membazir.
Kami
kembali ke Aspuri dengan senang hari. Senyuman terpancar di wajah kami. Puas
mandi dan puas petik buah. Kami terus ke Dewan Makan untuk sarapan. Selesai sarapan
pagi kami ke dapur Dewan Makan untuk meminta kicap, garam, gula dan lada dari
Mak Cik Dewan Makan.
Kami
berjanji untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan orang lain kerana amat
malu. Demi menjaga rahsia, kami bersembunyi di belakang koridor Dorm 1 dan menikmati
buah mangga muda. Kami tidak langsung memikirkan bahaya memanjat tingkap untuk
keluar ke koridor aras 1 yang tidak berpagar itu. Diam-diam hampir kesemua buah
mangga itu kami habiskan.
Lewat
senja, kecoh satu Aspuri apabila Cikgu Ani warden Aspuri membuat pengumuman
tentang kecurian buah mangga di kebun pertanian. Kata Cikgu Ani, walaupun dia
tidak mengetahui siapa yang punya angkara, namun dia mahu kami menyerah diri
kerana menurutnya lagi buah tersebut baharu sahaja disembur racun serangga.
Beliau khuatir kami akan mengalami keracunan jika memakan buah tersebut. Beliau
perlu membawa kami segera membuat pemeriksaan kesihatan.
Mendengar
penjelasan itu, kami berenam berkumpul di Bilik Study. Kami berbincang sama ada ingin menyerah diri atau meneruskan
peperangan ini. Ima menelefon ibunya untuk bertanyakan bagaimana mendapatkan
penawar racun yang telah dimakan. Ibu Ima menasihati kami supaya minum air
kosong sebanyak mungkin. Lebih elok jika kami muntahkan semua yang telah dimakan.
Kami
mula menggumpulkan botol air dan berulang alik ke Dewan Makan untuk mendapatkan
air minuman. Kami minum sebanyak yang mungkin sehingga kembung.
Senja
itu, tatkala azan maghrib berkumandang, kami berenam berkumpul sebelum ke
surau. Kami tidak lalu untuk makan. Tidak ada seorang pun dari kami yang makan
malam itu. Usai solat Isyak, kami mulai sakit perut.
“Awak
sakit perut tak?” Aku bertanya kepada Nani.
Rupa-rupanya
kami berenam semuanya sakit perut. Kami membuat keputusan untuk bertemu Cikgu
Ani dan menyerah kalah dalam peperangan ini.
“Emmm
, saya hanya nak tahu siapa yang mencuri. Itu sahaja. Tak ada racun pun.
Makanlah mangga tu jangan dibuang pula”.
Kata-kata
Cikgu Ani itu membuatkan kami menyesal kerana tidak meneruskan peperangan ini.
Kami sakit perut kerana bukan sahaja tidak makan malam malah tidak makan
apa-apa sejak kami kekenyangan dengan buah mangga muda itu. Kelaparan kami
tidak dapat di atasi kerana koperasi malam itu kehabisan stok makanan. Takut
mati kelaparan, Ita menelefon ayahnya untuk menghantar makanan malam itu.
Kami
tidur kekenyangan selepas menikmati makanan yang dihantar oleh Ayah Ita. Nasi
lemak bersama seafood (lala goreng berlada, Ikan bakar, sambal sotong) dan
sayur kangkung. Yang pasti hari itu berakhir dengan penuh pengajaran dan
menjadikan ikatan persahabatan kami semakin erat.
Kenangan
itu memang tidak pernah luput dari ingatan kami. Tiap kali bertemu walaupun
telah tamat zaman persekolahan pasti cerita itu timbul lagi. Berderai ketawa
jika disebut kembali. Malah apa yang lebih menakjubkan bukan kami sahaja yang
tidak lupa dengan cerita kecurian buah mangga ini, Cikgu Faisal juga tidak lupa
senemarmya. Pernah selepas empat tahun meninggalkan alam persekolahan, aku
bertembung dengan Cikgu Faisal di salah sebuah institusi perguruan di Johor.
“Assalmualaikum
Cikgu”, aku menyapa Cikgu Faisal yang sedang tekun menulis sesuatu di
perpustakaan.
“Waalaikum
salam”. Cikgu Faisal menjawab salamku sambil
mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke mataku.
“Eh!
Awak… yang ambil mangga sebaldi tu kan?”, Cikgu Faisal meneka sambil senyum.
“Alahai,
Cikgu ingat lagi peristiwa tu?” wajahku merah namun tersipu.
Begitulah
kenangan semanis mangga yang pernah tercatat di asrama. Semoga kenangan ini
menjadi tali pengikat persahabatan kami.
DNA
SDASA
No comments:
Post a Comment