Thursday, 12 May 2016

BOCOR

*_AMALAN YG BOCOR_*

*@* Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

*@* Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang _BOCOR_.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan di *BOCOR* kan bekas itu. Jangan di *BOCOR* kan pahala baik disebabkan perbuatan buruk
Jangan sampai kita jadi ~orang yang MUFLIS~  dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.
Amin💂🏼
*Dato'Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah*

No comments:

Post a Comment