~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sahak STPD: Assalamualaikum. .
Di dalam satu Hadis Rasulullah ﷺ bersabda:
إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685
“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”(Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)
Tiada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah menerima ilmu dari orang lain...kepada semua guru dan warga Pendidik. .jasa mu amat besar dan mulia. .
TERIMA KASIH CIKGU .. SAYA MOHON KEREDHAAN SERTA KEIKHLASAN ATAS SEGALA ILMU YG ANDA CURAHKAN UNTUK SEKELIAN WARGA. .
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI SEGALANYA. ..AMIIN YA RABBALALAMIN. .
[07:35, 16/5/2016] Sahak STPD: Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera Puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membela
Negara yang tercinta
Amanah yang di beri
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia
Al-Fatihah pada guru yang telah bertemu Ilahi, dan di ucapkan selamat maju jaya pada guru yang masih gigih berbakti. Hanya Allah Ta'ala yang dapat membalas segala ilmu yang di curahkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat diri yg bergelar guru:❤
Reset Minda Guru oleh Prof Dr Muhaya
1. Guru ialah orang memberi ilmu. Seorang guru mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka.
2. Jika guru fokus apa yang dapat dalam kerjaya guru, guru tidak akan bersemangat.
3. Jadikan diri kita hamba ALLAH yang taat dahulu, nescaya kemegahan dunia & penghargaan manusia akan datang sendiri.
4. Niatlah menjadi guru kerana ALLAH, tujuan hidup, mencari redha ALLAH dan ladang pahala.
5. Guru perlu mengubah minda dengan menjadikan KPI ALLAH SWT ( Aqidah + Ibadah + Akhlak) menjadi tujuan utama dalam proses pembelajaran, bukannya KPI manusiawi dan duniawi.
6. Jangan jadi guru yang malang, memaksa murid cemerlang dalam peperiksaan untuk mengejar status & populariti diri.
7. Jangan jadi guru yang sentiasa mencari kesilapan muridnya, carilah potensi, kebaikan dan kehebatannya.
8. Bukan guru disiplin tetapi guru kasih sayang. Fikir setiap perkara atau tindakan yang dilakukan akan kebaikannya. Jika perlu marah kanak-kanak atau murid marahlah kerana sikapnya bukan dirinya sebagai insan.
9. Guru tolong sayang anak murid seperti anak-anaknya.
10. Mengajar bukan untuk menunjuk pandai tetapi dengan niat memberi manfaat.
11. Jangan rasakan diri kita lebih baik daripada orang lain kerana ia tanda awal kejatuhan diri kita.
12. Jangan selalu mengherdik. Orang yang cepat marah harga dirinya rendah.
13. Orang yang selalu beri manfaat, masalahnya akan berkurangan. Orang yang selalu memberi masalah kpd org lain, masalahnya sendiri tak akan pernah selesai.
14. Ilmu bukan milik kita, semua ilmu milik ALLAH SWT: Usah berbangga atau riak dengan ilmu yang ada.
15. Lihatlah anak murid sebagai individu yang tiada batasan kebolehan dan berpotensi besar.
16. Jadilah manusia hebat yang mengubah persekitaran dan manusia di sekelilingnya.
17. Jangan jadi manusia yang menghancurkan hidup anak murid dengan mencerca dan mengutuk kelemahan murid.
Semoga jadi peringatan buat diriku yg selalu lupa.
- Ahmad Zabrin Zainal
GB SKIP PD NS
~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan tahniah semua cikgu2
MUST proud to be a teacher, Why? Baco sampai abih.,,,😭😭😭🍼🍼🍼🍼
👉cikgu dicaci orang ....tak bising...
👉cikgu di hina orang ....tak bising...
👉cikgu diherdik orang .... tak bising...
👉cikgu di pukul orang .... tak bising...
👉cikgu di saman orang .... tak bising...
💚niat cikgu sering disalah ertikan... 😔
👉🏻cikgu korban duit utk murid org tak pandang...
👉🏻cikgu korban masa utk murid org tak pandang...
👉🏻cikgu korban tenaga untuk murid orang tak pandang...
👉🏻cikgu korban rasa untuk murid orang tak pandang...
👉🏻cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga untuk murid orang tak pandang...
👉🏻cikgu buat segala kebaikan untuk murid orang tak pandang...
💙pengorbanan cikgu orang tak pandang.... niat cikgu sering di salah ertikan.....
Di sekolah,cikgu sentiasa ingatkan murid
👉🏽supaya sentiasa menghormati ibu bapa...
👉🏽sentiasa mengenang jasa ibu bapa... 👉🏽sentiasa menyayangi ibu bapa...
👉🏽jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... 👉🏽jangan biadab dengan ibu bapa...
👉🏽jangan melawan ibu bapa...
👉🏽jangan derhaka pada ibu bapa...
Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati cikgu...😔
👉🏿supaya mengenang jasa cikgu...
👉🏿supaya menyayangi cikgu...
👉🏿supaya tidak bercakap kasar dengan cikgu...
👉🏿supaya tidak biadap dengan cikgu...
👉🏿supaya tidak melawan cikgu...
👉🏿supaya tidak derhaka pada cikgu...
💥gaji cikgu yang sering diungkit...
💥hadiah untuk cikgu yang sering diungkit...
💥cuti cikgu yang sering diungkit....
🕵seorang dua cikgu yang buat silap, semua cikgu kena kutuk...
🕵seorang dua cikgu yang buat salah, semua cikgu kena hina...
cikgu pun manusia biasa...
Orang yang bukan cikgu tidak pernah memahami perasaan cikgu...
tidak pernah memahami hati cikgu...
Orang tak tahu...
🔊bila tiba hari kejohanan sukan,
cikgu kumpul duit untuk tampung beli makanan murid....
🔊Bila tiba hari anugerah kecemerlangan cikgu kumpul duit untuk tampung beli hadiah untukk murid cemerlang....
🔊Bila dekat hari raya cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..
Orang xtahu,
👀ada cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yang bernilai 30 sen daripada seorg murid yang miskin...
👀Ada cg yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yang bernilai 50 sen daripada seorg murid yang miskin..
👀Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang daripada pelajar yg miskin...
Orang tak tahu...
🌟Cikgu dikata kejar nama...
🌟Cikgu dikata kejar duit...
🌟Cikgu dikata kejar pangkat...
🌟Cikgu dikata kejar glamour....
Wahai cikgu...
☺Biarkan apa orang nak kata...
☺Biarkan apa orang nak cerca...
☺Biarkan apa orang nak nista...
☺Biarkan apa orang nak hina...
😷Bukan pujian yang cikgu pinta...
😷Bukan sanjugan yang cikgu damba....
😷Bukan darjat yang cikgu puja..
😷Bukan hadiah yang cikgu paksa...
Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali cikgu...selamanya cikgu..
Kepada sahabat2ku yang bergelar cikgu...
✍🏻cikgu masak
✍🏻cikgu ngaji
✍🏻cikgu sekolah
✍🏻cikgu kepada cikgu
✍cikgu cikgu semua cikgu
SELAMAT HARI GURU 2016
Terima kasih cikgu...
~~~~~~~~~~~~~~~
Alahai timo kasih cikgu Farman... saya wakilkan murid2 sk palong 3. Ni ha sajak untuk awak
SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga k embang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979