Wednesday, 27 April 2016

Baca Quran

Kenapa kita perlu baca Quran dalam bahasa Arab meskipun
kita tak memahaminya....
Ini adalah sebuah cerita yang indah.
Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua tinggal di
sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit bersama seorang
cucu lelakinya yang masih belum baligh . Setiap pagi
selepas solat subuh datuk ini akan duduk di meja
dapurnya sambil membaca Al-Qur'an . Cucunya yang
gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara
juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar
kepadanya. Suatu hari si cucu bertanya, "Atok! Adik cuba
baca Qur'an macam Atok tapi Adik tak faham dan apa yang
adik tak faham Adik cepat lupa. Adik lupa sebaik saja tutup
buku Qur'an ni. Apa gunanya baca Qur'an macam tu? "
Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya itu
bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul
rotan yang terkait rapi , guna untuk menyimpan arang
dapur. "Nah, ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik
air sebakul ke sini."
Cucunya segera ke anak sungai berhampiran dan
menceduk air sungai dengan bakul arang tersebut.
Malangnya semua air cedokan tadi meresap keluar
sebaik dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa dan
berkata, "Adik kena cepat sikit lain kali," dan menyuruhnya
kembali ke sungai untuk cubaan kedua. Kali ini si cucu
berlari laju 🏃, tetapi bakulnya kosong juga tanpa air
sebaik dia sampai ke rumah. Dengan termengah-mengah,
dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil
untuk bawa air dengan bakul dan dia terus pergi untuk
mengambil baldi. Datuknya berkata, "Atok tak nak air dalam
baldi, Atok nak dalam bakul ni juga. Adik belum usaha
sedaya upaya lagi," dan dia pun bergegas ke pintu untuk
melihat cucu kesayangannya mencuba sekali lagi.
Tatkala ini, cucunya sudah dapat merasakan bahawa itu
adalah pekerjaan yang sia sia , tetapi dia masih mahu
membuktikan kepada datuknya, walau dia berlari sekencang
mana pun, airnya pasti meresap keluar dan bakulnya tetap
kosong sebaik dia sampai ke rumah. Dia pun mencedok air
sungai dan berlari sekuat hatinya, tetapi sebaik dia sampai
di hadapan datuknya bakulnya sudah kosong tanpa air.
Dengan termengah-mengah dia berkata, "Tengok ni Tok,
apa gunanya!?"
"Oh Adik ingat tak berguna ya?". Datuknya berkata lagi,
"Tengok bakul tu."
Cucunya melihat pada bakul dan buat pertama kalinya dia
perasan bahawa bakulnya nampak kelainan. Bakul tersebut
sudah bertukar dari bakul arang yang hitam kotor kepada
sebuah bakul yang bersih, luar dan dalam.
"Cu, itulah yang terjadi bila kita baca Qur'an. Kita mungkin
tak faham dan tak ingat apa yang kita baca, tapi bila kita
baca, kita akan dibersihkan, luar dan dalam. Itu adalah
urusan Allah dalam mengatur kehidupan kita."
Cucunya terkebil-kebil menganguk.
Hebat kisah ini.
Kalau ceritanya membuat anda juga terkesan maka
kongsilah dengan kawan /sahabat / saudara-mara.
Sharing is caring

No comments:

Post a Comment